Header Ads

Sidang DUN Selangor Ditangguh Sebab DAP Dah Mula Tunjuk Biadap


Yang tersurat dikatakan bahawa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ditangguhkan selepas dua hari bersidang adalah kerana masalah dalaman parti.

Rata-rata kalangan rakyat berpendapat masalah dalaman tersebut bersangkutan dengan isu skandal semburit mantan Menteri Besar, Azmin Ali dan Haziq Aziz.


Namun realitinya sebenar adalah kerana niat PKR negeri telah dibantutkan oleh DAP. Seharusnya satu usul pindaan undang-undang agama Islam dibentangkan oleh Menteri Besar sendiri.

Hal berkaitan pemelukan agama Islam yang sepatutnya dikemukakan Amirudin tidak tercapai dek kerana Yang Dipertua DAP, Ng Suee Lim bertindak memendekkan persidangan kepada dua hari sahaja.

Ini besar kepala biadap DAP tidak hormat Menteri Besar, kepimpinan Islam negeri dan juga Sultan Selangor sebagai penaung agama Islam di sini. Mungkin dah sampai masanya PKR mula memikirkan atau mengkaji semula kerjasama di negeri ini meskipun di peringkat nasional kerjasama tersebut diteruskan. 

Bacul lah kiranya boleh diberikan kepada PKR jika tidak berani mempertahankan perkara-perkara penting di dalam Islam. Kita tunggu dan lihat bagaimana pemimpin Melayu Islam memperjuangkan dan mempertahankan kemuliaan agama ini.

Kalau tak boleh buat, baik letak jawatan jelah. Buang masa jer bergelar pemimpin berjawatan dan mempunyai kuasa tetapi dikawal oleh puak anti Islam. 


No comments