Header Ads

Pesawat AirAsia Ke Sandakan Mendarat Cemas Di Miri Disebabkan...


Sebuah pesawat Air Asia dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sandakan mendarat cemas di Miri disebabkan salah seorang penumpangnya yang sarat mengandung menunjukkan tanda² melahirkan hendak bersalin.




Pesawat AK5194 yang membawa 130 penumpang dan 6 anak kapal membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Miri pada jam 5.28 petang pada Ahad lepas.

Menurut Pengurus Lapangan Terbang Miri, Zainal Abidin Harun selepas mendarat, pasukan perubatan terus membawa penumpang yang tidak dinamakan ke Hospital Miri untuk rawatan selanjutnya.


"Pihak kami telah dimaklumkan bahawa wanita tersebut telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 5.58 petang. Wanita tersebut berasal dari Sandakan, Sabah dan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur semasa insiden tersebut", jelasnya.

Pesawat tersebut meneruskan perjalanan sekitar jam 6.27 petang, tambah Zainal Abidin.


No comments