Header Ads

NGO Selamba Desak Mahathir Letak & Serah Jawatan Kepada Anwar Selewat-Lewatnya 9 Mei 2021


Hebat betul geng kroni Pakatan Harapan (PH) hari ini, selamba kodok jer dorang bagi desakan dan tarikh expired kepada Perdana Menteri Atok Mahathir untuk meletakkan jawatan dan serah tugas kepada penyandang title Prime Minister in waiting for second time, Anwar Ibrahim.



Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sepakat menggesa Tun Dr. Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selewat-lewatnya pada 9 Mei 2021, genap tiga tahun Pakatan Harapan (PH) menjadi Kerajaan Pusat.

Tiga NGO tersebut ialah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).

Mereka menerusi surat terbuka bersama kepada Dr. Mahathir menggesa Perdana Menteri dan kepemimpinan PH mengambil langkah jelas untuk membawa kestabilan politik negara dengan meletakkan pakej peralihan berdasarkan perjanjian sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Siap ada pakej lagi tu. Macam pergi bercutilah haha. Tapi apa akan jadi sekiranya atok tak meletakkan jawatan ketika itu dan tetap berkeras menerajui negara?

So ke jalanan lagi nanti untuk sahut Reformasi 2.0 ker?

No comments