Header Ads

Tahniah Kepimpinan Baru Veteran UMNO Malaysia 2019/2023


Perhimpunan Agung Veteran UMNO yang berlangsung pada 20-21 Ogos 2019 bertempat di Sri Manja Boutique Hotel, Indera Mahkota, Kuantan telah menyaksikan perubahan pada pucuk pimpinan Veteran UMNO Malaysia.


Tahniah diucapkan kepada Yg Bhg Dato' Hj Othman Bin Desa sebagai Pengerusi Veteran UMNO Malaysia bagi sesi 2019/2023 serta seluruh saf kepimpinan baru yang telah dipilih. Seramai lebih 400 perwakilan Veteran UMNO dari seluruh negara hadir di dalam perhimpunan ini yang dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang. 

Di dalam ucapan beliau merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Veteran UMNO Malaysia yang sanggup berkorban untuk UMNO walaupun selepas bersara tanpa memegang sebarang jawatan demi untuk memastikan agama, bangsa dan negara kekal terpelihara.

Pengalaman Veteran UMNO ini merupakan pengalaman yang tidak boleh dijual beli dan berharga untuk dikongsikan sebagai tunjuk ajar kepada generasi baru di dalam memastikan perjuangan UMNO dapat diteruskan dan UMNO terus bangkit berbakti kepada rakyat.

Selamat berjuang buat kepimpinan baru. Terima kasih buat semua perwakilan Veteran UMNO Malaysia yang hadir ke perhimpunan serta yang ada di seluruh negara kerana kekal setia dan beristqomah berjuang mengembalikan kekuatan UMNO.


No comments