MAHB Nafi Sistem Rangkaian Tergendala Disebabkan Serangan Siber
Tiada insiden serangan siber dikesan setakat ini semasa berlaku gangguan sistem rangkaian di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (KLIA2) sejak ia dikesan pada 21 Ogos.
"Pada masa ini, semua usaha difokuskan untuk memastikan operasi di KLIA dan KLIA2 kembali pulih sepenuhnya.
"MAHB telah mengambil dan akan terus mengambil semua langkah yang perlu untuk mempercepat proses itu kembali pulih," kata kenyataan tersebut.
Nacsa berkata agensi itu akan terus memantau dan menjalankan siasatan lanjut dengan semua agensi berkaitan.
Post a Comment