Politik Simpati Mahathir vs Dong Zhong (DAP)
1. Mahathir kata
Dong Zhong racist. Kemudian pemimpin Cina terutamanya dari DAP kecam Perdana
Menteri dan berikrar kononnya nak 'tentang' habis²an.
2. Ada pula puak
sipi² liberal ini bersuara kenapa UMNO & PAS tak bersama bersetuju dengan
Mahathir dalam hal ini. Siap keji lagi, nama jer penyatuan ummah tapi bila
melibatkan hal ini, UMNO & PAS senyap.
3. Ini namanya
cubaan meraih politik simpati, Mereka sendiri create atmosphere yang meresahkan
kita tetapi ia hanya terberhenti setakat itu saja. Tiada tindakan selanjutnya
untuk ke arah menutup isu perbalahan ini, contohnya mengharamkan Dong Zhong.
4. Mahathir
seorang Perdana Menteri, ada kuasa dan suara seperti mana dia cuba haramkan
UMNO sebelum ini tapi kenapa tidak seberani ini terhadap Dong Zhong. Nampak
pelik kan di situ dan dalam masa yang sama kelak, Mahathir dan DAP masih boleh
menjulang tangan ke atas tanda kesepakatan atau barangkali sebagai tanda ‘bersyukur’
perbalahan berjaya diselesaikan dengan baik.
5. Inilah
namanya cubaan mendapatkan simpati rakyat. Akhirnya Mahathir akan dilihat
sebagai hero di kalangan Melayu padahal dia perosak bangsa. Selepas itu,
mungkin akan ada hidden agenda untuk memastikan wacana penyatuan ummah tidak
mendapat tempat di hati orang Melayu.
6. Jika korang hanya
terikir sehingga point ke-2 tu sahaja, maknanya korang tak benar² menyelami
agenda sulit ini. Mahathir tidak mahu penyatuan ummah UMNO & PAS ini berjaya.
Jika di benar² ikhlas, cuba kita fikirkan persoalan ini.
a.
Di mana
Mahathir ketika umat Melayu / Islam menentang cubaan kerajaan meratifikasi
ICERD?
b.
Di mana
Mahathir ketika kematian anggota Bomba, Adib menjadi pertikaian?
7. Hanya dua
perkara ini saja kita lemparkan kepada Perdana Menteri. Adakah beliau hanya ‘melantun’
apabila diri dalam terdesak atau beliau hanya menjadi boneka PH DAP sahaja.
Post a Comment