Header Ads

Tahniah MB Johor Syok Layan Projek Pasir


Wahh, senyap-senyap dia panjang juga akal si MB Johor yang baru ni, Akhirnya pecah juga tembelang dia.

Kalau tengok dalam gambar ni besar juga projek pasir ni, masyukkk.



Menurut sumber, katanya kelulusan “projek Datuk berbangsa cina” ini adalah daripada kerajaan negeri sendiri yang mana ketika itu Menteri Besar Johor Dr Sahruddin memegang jawatan sebagai Exco Pertanian dan kesihatan.

Korang nak tau siapa Datuk cina tu? Ada yang bagi tau proksi Tan Sri Muhyiddin? Maklumlah MB ni kan kapal Muhyiddin.

Macam mana penduduk kampung tak mengamuk, habis hasil sungai “nelayan darat” seperti udang, ikan baung terjejas kerana kerja-kerja mengorek pasir tu.

Dan apabila berlakunya pencemaran, secara tak langsung ia telah menjejaskan kualiti air, memburukan lagi keadaan persekitaran disana dan yang paling utama pendapatan mereka untuk menyara keluarga terjejas! Lain la kalau kau yang bagi mereka makan.

Janganlah sampai tutup periuk nasi orang semata-mata untuk mencari “funds politik”, kepentingan kroni dan diri sendiri. Kesian orang kampung.

Menjelang Sidang DUN (Dewan Undangan Negeri), terkeluar pulak cerita panas ni ye, Ops Johor minta Dr Sahruddin menjawab dan berikan penjelasan terhadap isu ini kepada rakyat Johor khususnya penduduk di Kampung Tekam, Bukit Limau Manis dan Bukit Kepong terutama nelayan darat.

Mohon SPRM jalankan siasatan segera berhubung isu ini!

#OpsJohor

No comments