Header Ads

Mempertahankan Kekuasaan Melalui Kekejaman Menurut Machiavelli


Dalam The Prince, Niccolo Machiavelli (1469 – 1527) menggunakan Agathocles sebagai contoh penguasa yang kejam tetapi dapat mengekalkan kekuasaannya begitu lama. Antara contoh lain yang dapat diketengahkan ialah Abu al-Abbas Abdullah as-Saffah (721 – 754) – khalifah pertama Dinasti Abbassiyyah.


Menurut Machiavelli, kekuasaan dapat diperoleh melalui kekejaman dan kerosakan termasuk membunuh keluarga sendiri. Tambahnya lagi, kekejaman dan kerosakan ini hanya boleh dilakukan bergantung pada keperluan untuk mendapatkan dan melindungi kekuasaan seperti melindungi diri dan memberikan manfaat besar kepada rakyat.

Kekejaman dan kerosakan ini juga tidak boleh dilakukan secara kerap. Apabila dilakukan, terus dilakukan dengan sekali tindakan tanpa sebarang tindakan susulan.

Kekejaman paling popular dilakukan oleh al-Abbas ialah membunuh keseluruhan keluarga Umayyah – antara cadangan Machiavelli apabila mahu membangunkan kerajaan baru – sehinggakan beliau digelar ‘¬as-Saffah’ (“Blood Shedder”)

Tetapi kekhalifahannya diterima rakyat. Pemerintahan baru yang dibangunkan oleh al-Abbas lebih lunak dan lentur berbanding Umayyah. Kabinetnya terdiri daripada pelbagai etnik, bukan sahaja berbangsa Arab yang diamalkan oleh Umayyah. Ini juga merupakan antara cadangan Machiavelli untuk mengekalkan hubungan dengan rakan sekutu.

Beliau tidak melakukan sebarang kekejaman selepas itu. Apa yang beliau lakukan selama empat tahun kekhalifahannya adalah melakukan reformasi pentadbiran dan kebajian rakyat – terutamanya pendidikan. Kekejaman al-Abbas diingati tetapi tidak memberikan ketakutan pada rakyat. Malah, menanamkan rasa selamat dalam diri mereka.

No comments