Header Ads

2 Isu Skandal PH Masih Tak Terungkai, Video Dan Pencemaran Di Pasir Gudang


Pasir gudang dirundung malang sekali lagi. Musibah ini muncul kembali disaat negara digemparkan dengan kontroversi seks luar tabii Azmin dan isu-isu lain yang mahu ditutup oleh Kerajaan Persekutuan di masa kini?



Kenapa Pasir Gudang? Ini kerana Pasir Gudang kini telah lama menjadi bom jangka. Bila-bila akan meledak disaat kita tidak sedar kewujudan setelah sekian lama. Tragedi ini telah dijangka akan berulang sekali lagi.

Kenapa? Kerana sehingga kini dalang yang melakukan pencemaran di sungai Kim Kim masih tidak dihukum bukan? Ya benar, Mahacai akan berkata bahawa 3 orang pelaku itu telah ditangkap, tetapi siapakah kepala besar dan dalang semua tragedi ini? Malah 3 orang pesalah itu juga telah dibebaskan dengan jaminan. Hanya dengan wang jaminan RM100k hingga RM250k dapat membebaskan mereka. Adakah semurah itu nyawa kanak-kanak serta rakyat yang telah menjadi mangsa?

Adakah sebab ini adalah tragedi yang dimanipulasi? Tragedi yang dirancang dengan teliti seperti terjadi dulu di Memali? Peristiwa dimana orang yang tidak berdosa dikorbankan demi agenda iblis dalam politik?

Mereka sedar, hanya dengan meracun secara senyap rakyat dapat menyingkirkan isu negatif yang melanda kerajaan. Rakyat mula melupakan isu Azmin.

Azmin perlu kekal sebagai Menteri. Kerana Azmin adalah kunci legasi Mahathir dapat bertahan. Percayalah 1 tahun lagi, Azizah akan ditendang keluar, lalu Azmin akan menjadi TPM. Genap 3 tahun, Azmin akan menjadi PM dan Azmin akan melantik Mukriz pula sebagai TPM. Lalu legasi Mahathir akan diwariskan semula. Maka Isu Semburit ini perlu ditutup segera.

Serangan ini juga mempunyai misi dan serampang dua mata. Selain menutup isu Semburit Azmin, ia juga mempunyai satu lagi matlamat. Apa matlamat itu? Satu lagi matlamat ialah menjatuhkan Menteri Besar Johor terkini yang dilihat rapat dengan Istana Johor dan tidak sehaluan dengan Mahathir. Terbaru, Kenyataan MB Johor dilihat telah bercanggah dengan Persekutuan lalu ia memperlihatkan ketidakprihatinan MB kepada isu tersebut.

Apabila reputasi MB diperlekehkan, akan muncul satu golongan yang mendesak MB meletak jawatan. Lalu Mazlan Bujang akan di naikkan pangkat sebagai MB.

Akhir kata, Ya Allah selamatkanlah Pasir Gudang, Selamatkan Johor!


Kredit - Sini Laken

No comments