Header Ads

Warga Emas Mati Dipatuk Ayam Peliharaannya


Seorang wanita warga emas maut diserang ayam jantan peliharaannya ketika mangsa mengutip telur di reban ayam, lapor media.

Wanita berkenaan, yang nama dan umurnya tidak didedahkan, meninggal dunia selepas ayam jantan itu mematuknya, menyebabkan uratnya putus dan pendarahan tidak dapat dihentikan.



Pakar forensik di Universiti Adelaide, Roger Byard, mengkaji kes itu dan menggunakan ia untuk memberi amaran kepada rakyat Australia mengenai bahaya yang diberikan haiwan peliharaan mereka.

“Paling penting, saya cuba memastikan warga emas yang mempunyai masalah urat membengkak dengan pembedahan mudah kerana ia mudah pecah,” katanya.

Byard mengkaji pelbagai kes rakyat Australia maut diserang haiwan.

“Banyak contoh kami temui haiwan menyebabkan kematian yang menjadi amaran kepada warga emas.

“Sebagai contoh, kita tidak pernah terfikir kucing boleh menjadi amat bahaya kepada warga emas.

“Ia suka menggesel di buku lali dan kaki, selain duduk di belakang tuannya dan membawa kepada kecederaan terhadap warga tua,” katanya. - Agensi

No comments