Header Ads

Tak Pelik Ker Tiba² Keputusan Forensik Kes Rogol Amah, Hilang?


1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melahirkan rasa kerisauan dan kebimbangan dengan dakwaan yang sedang berlegar dalam media sosial bahawa laporan pakar forensik dan perubatan dalam kes rogol pembantu rumah warga Indonesia oleh Ahli EXCO Kerajaan Negeri dari DAP, Paul Yong, hilang!

2. Mengikut laporan media pada 16 Julai, Ketua Polis Perak telah menghantar kertas siasatan kes rogol ini kepada Pengarah Pendakwaan Negeri pada 14 Julai lagi. Malah beliau juga menyebut polis berjaya melengkapkan siasatan ke atas Paul Yong dalam tempoh 24 jam sahaja menandakan kes ini adalah satu kes mudah yang ‘clear-cut’.



3. 26 Julai lalu, Ketua Polis Perak sendiri mengakui bahawa kertas siasatan kes rogol yang dikemukakan kepada Pendakwa Raya telah dikembalikan kepada pihak polis bagi mendapatkan laporan daripada pakar perubatan dan Jabatan Kimia. Mengapa terlalu lama laporan daripada pakar perubatan dan jabatan kimia ini disiapkan?

4. Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan ini setegas-tegasnya,

(a) Menyesali kegagalan Ketua Polis Perak menyertakan laporan pakar forensik dan perubatan dalam kertas siasatan kes rogol yang dikemukakan kepada Pendakwa Raya kerana ini menimbulkan pertanyaan mengenai tahap kecekapan dan keprofesionalan pihak polis dalam melaksanakan tugas.

(b) Mendesak Ketua Polis Perak dan Peguam Negara supaya mendedahkan status terkini kertas siasatan kes rogol ini khususnya yang membabitkan laporan pakar forensik dan perubatan kerana kes ini adalah kes ‘high profile’ yang membabitkan pemimpin sebuah kerajaan negeri dan hubungan dengan negara jiran.

(c) Mencabar Ketua, Timbalan Ketua dan Naib-Naib Ketua Wanita DAP seperti Chong Eng, Teo Nie Ching, Hannah Yeoh dan Jannie Lasimbang, khususnya Hannah Yeoh selaku Timbalan Menteri Wanita, supaya menyatakan pendirian mereka mengenai kes rogol ini. Tindakan mereka berdiam diri dalam kes ini membuktikan mereka adalah rasis sebenar!

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

No comments