Header Ads

Jika Umat Islam Bercerai Talak Tiga Di India, Lelaki Akan Dipenjara 3 Tahun


Mungkin ada baiknya apabila hukuman penjara dikenakan untuk pihak lelaki yang sewenang-wenangnya menjatuhkan cerai talak tiga kepada isteri kerana akhirnya kelak nasib kaum wanita ini tidak terbela, teraniaya dan menyebabkan kehidupan seseorang wanita itu menjadi kian terdesak dengan keperluan mencari sumber kewangan sendiri dan bergelar ibu tunggal.

Seperti yang kita ketahui, di dalam Islam pun telah menetapkan pelbagai bentuk tuntutan seperti nafkah mutaah harta sepencarian, nafkah eddah dan nafkah hadhanah (hak jaga anak). Namun pada akhirnya nanti segala tuntutan seperti di atas, amat jarang dipenuhi oleh pihak lelaki. Ini berdasarkan realiti sebenar kehidupan.


Namun jika dilihat dari satu sudut berlainan. Ianya seakan sedang berlaku campurtangan politik ke dalam hal ehwal Islam di India. Meskipun di sana kini, kaum wanita Islam amat bersyukur dengan keputusan Dewan Rakyat India meluluskan rang undang-undang (RUU) mengharamkan amalan cerai talak tiga ini di kalangan umat Islam.

Mungkin di India, sememangnya perlu RUU sebegini bagi menghalang berlakunya perkara-perkara yang dilihat seperti menganiaya kaum wanita tetapi di negara seperti Malaysia, hal sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana kita memiliki Jabatan Agama dan Majlis Agama Islam di setiap negeri bagi memastikan hal ehwal berkenaan Islam dapat diperhalusi dan dipermudahkan kepada semua peringkat.

Tetapi hal sebegini tidak menjamin masa depan Islam di sini daripada digugat. Harus kita akui bahawa ada terdapat usaha-usaha dari segelintir pihak untuk memastikan campurtangan politik ke dalam hal ehwal Islam di Malaysia terlaksana. Barangkali modus operandi nya sama seperti di India dan paling penting asalkan matlamat menghalalkan cara meskipun politik dan agama tidak boleh bercampuraduk mengikut acuan sendiri.

Tolak PH.


No comments