Header Ads

Inkues Tolak Kenyataan Saksi Pembunuhan Adib


INILAH SEBABNYA PEGUAM NEGARA WUJUDKAN INKUES DAN BUKAN PINDA PERTUDUHAN

Apabila saya saya membuat laporan polis terhadap Perdana Menteru dan Peguam Negara kerana disyaki melindungi Pembunuh Adib, mereka sumbat saya dalam lokap.

Hari ini sudah terjawab mengala Peguam Negara beria-ia tidak mahu meluluskan permohonan pihak polis supaya menukarkan kesalahan empat individu dengan tuduhan "cubaan membunuh" di bawah seksyen 307 kanun keseksaan kepada tuduhan "membunuh" di bawah seksyen 302 kanun keseksaan.


Sebaliknya, inkues diwujudkan untuk mengetahui punca kematian Adib. Sedangkan pihak polis telah pun mengambil kira keterangan saksi dan laporan bedah siasat arwah Adib sebelum melakukan pendakwaan dibawah seksyen 307 ke atas empat individu "istimewa" tersebut.

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membenarkan permohonan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengenepikan perintah koroner Rofiah Mohamad pada 18 Januari lalu yang meminta keterangan tujuh saksi (6 doktor dan Pegawai Penyiasat) bagi mengenal pasti punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Menurut Yang Arif Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman, kenyataan saksi tidak boleh digunakan dalam inkues kerana peraturannya berbeza dengan peraturan perbicaraan jenayah.

Baru saya faham sekarang kenapa Tommy Thomas tidak meluluskan pindaan pertuduhan dari seksyen 307 ke Seksyen 302 dan sebaliknya mewujudkan inkues.

Nampaknya, maklumat awal yang kita terima, bahawa ada pihak yang meminta kerajaan "menukar" punca kematian arwah Adib daripada mati akibat cedera parah dipukul kepada mati akibat kemalangan apabila keterangan saksi sudah dtolak. Maka ia bukanlah lagi sekadar khabar angin.

Mungkinkah mimpi ngeri ini sedang berlaku? Ikuti drama seterusnya.

Dato' Lokman Noor bin Adam
Pengerusi
Sekretariat Suara Rakyat UMNO
30hb Januari, 2019

No comments