Header Ads

Wajib Baca : Perkara Yang Menjahanamkan Negara Dibuat Oleh PH Sekarang Ini


Kerajaan Pakatan kini memerintah negara ini selama 7 bulan. Pelbagai isu, hala tuju dan dasar yang di kemukakan oleh Menteri-Menteri Kabinet Dr. Mahathir telah membawa pelbagai reaksi dari Rakyat.

4 PERKARA YANG MENJAHANAMKAN NEGARA :


1. MANSUHKAN GST.

Memansuhkan Sistem Cukai GST adalah merupakan satu kesilapan besar Kerajaan PH.

Oleh kerana untuk menunaikan janji pilihanraya, maka GST pun di mansuhkan. Dengan termansuhnya GST, Negara tidak dapat mengutip lebih daripada RM 25 billion ringgit setahun dari cukai GST.

SST hanya mampu membawa hasil (income) kepada Negara sebanyak RM 20 billion ringgit sahaja. GST berjaya mengumpulkan hasil sebanyak RM45 billion ringgit setahun.

Hasil kutipan cukai ini telah digunakan oleh Najib Razak untuk memberikan pelbagai bantuan dan insentif kpd. Rakyat. GST juga berjaya menstabilkan Ekonomi Negara ketika harga minyak dunia jatuh menjunam.

Terbukti cukai GST lebih baik daripada SST.
Terbukti GST tiada ketirisan. Terbukti GST cukai yang lebih adil drp. SST.
Terbukti GST bukan penyebab Kos Sara Hidup Naik.


2. PEMBATALAN PROJEK ERL KERETAPI KE PANTAI TIMUR.

Pembatalan Projek ERL ini juga menjahanamkan Ekonomi dan Reputasi negara Malaysia.

Projek ini adalah usahasama antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan & Syarikat dari Negara China.

Apabila batal projek ini. Dr. Mahathir gaduh dengan Kerajaan China.

Maka, Kerajaan China tidak mahu beli Sawit Malaysia. Mereka beli Sawit dari Indonesia. Harga Sawit jatuh menjunam. Ekonomi peneroka jatuh terterap.

Perancangan Ekonomi untuk Negeri-negeri Pantai Timur, menjunam jatuh. Kelantan, Terengganu dan Pahang di takbir oleh PAS dan UMNO. Dr. Mahathir pendendam.


3. BATAL DAN TANGGUH PROJEK HIGH SPEED RAIL (HSR) KUALA LUMPUR - SINGAPORE.

Mula-mula kata batal. Kemudian kata tangguh projek ini selama 2 tahun.

Dah gaduh dengan Kerajaan Singapore. Perancangan membangunkan Ekonomi Negeri-negeri ke Selatan negara pun lingkup. Bayangkan harga harta tanah di kanan kiri HSR ini. Pembangunan pun boleh di bangunkan dalam 10 - 15 tahun mendatang ini.

Apa akibatnya, akibatnya ialah keputusan yang flip-flop oleh Kerajaan Pakatan menyebab MARKET/PASARAN BURSA KUALA LUMPUR tidak lagi berkeyakinan dengan Kerajaan ini.

Maka, pelabur-pelabur (fund managers), meninggalkan Malaysia dan berhijrah ke Singapura. Kerana itu, dana pelaburan asing di Malaysia, menjunam jatuh.


4. PETRONAS DAN HARGA MINYAK DUNIA.

Harga Minyak Petrol di Station-station minyak di negara ini masih lagi belum selesai.

Harga petrol terlalu tinggi, menaikkan kos sara hidup rakyat.

Manakala apabila setelah Kerajaan PH memansuhkan GST, Kerajaan Pakatan ambik duit Petronas sebanyak RM 30 billion ringgit sebagai bayaran khas kepada Kerajaan untuk tutup tak cukup kutip cukai.

Memang boleh minta RM 30 billion ringgit daripada Petronas sebab ketika mereka berkuasa, Kerajaan PH boleh buat Petronas macam bapak mereka punya syarikat.

Tetapi hakikatnya, institusi kewangan dunia tidak boleh di tipu. Rating kewangan Petronas jatuh. Maka, confident pasaran kewangan dunia terhadap Malaysia, jatuh lagi.

Saham jatuh. Dana Asing cabut. Dana yang baru tidak mahu masuk ke Malaysia kecuali Syarikat-syarikat dari Jepun yang rapat dengan Dr. Mahathir kerana mereka berminat untuk beli sebahagian drp. Saham Petronas.

Hari ini, Rakyat subsidi 30 sen se litter minyak RON 95 kepada Kerajaan iaitu rakyat subsidi Kerajaan RM 120 juta ringgit seminggu. RM 480 juta ringgit sebulan.

Udah ler Rakyat (yang tak cerdik), bagi sumbangan kepada Tabung Harapan sebanyak RM 200 juta ringgit setakat 25 Disember ini.


PERKARA-PERKARA YANG KERAJAAN PAKATAN BELUM SELESAIKAN DENGAN RAKYAT.

Perkara-perkara yang belum di selesaikan dengan Rakyat ialah Manifesto janji yang melambak-lambak.

Pakatan menjanjikan PENGHIDUPAN YANG LEBIH BAIK kepada orang-orang Melayu. Belum di tunaikan. Orang-orang Melayu rasa tertipu.

PERKARA-PERKARA YANG PH BELUM SELESAI DENGAN PENYOKONG SENDIRI.


PH belum menyelesaikan pelbagai perkara dengan penyokong-penyokong mereka sendiri iaitu ;

1. PH janji mahu ratifikasi ICERD.
2. PH janji mahu iktirafkan UEC.
3. PH janji mahu mansuhkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).
4. PH janji mansuhkan hukuman mati.
5. PH janji rendahkan Kos Sara Hidup.
6. PH janji mansuhkan Toll, PTPTN dan rendahkan harga petrol.
7. PH janji selesaikan masalah ekonomi orang-orang India. Masalah Kuil di USJ 25 pun tak boleh selesai.

Banyak lagi perkara yang belum di selesaikan dan di tunaikan kpd. Rakyat dan kpd. Penyokong PH sendiri.

RATING SOKONG UNTUK PH DAN DR. MAHATHIR MENJUNAM JATUH.
Rating sokongan Orang-orang Melayu kpd. PH jatuh drp. 66% (peratus) kpd. 45%.
Rating sokongan Orang-orang Cina kpd. PH jatuh drp. 87% kpd. 65%. Jatuh 22%.
Rating sokongan Orang-orang India kpd. PH jatuh drp. 84% kpd. 64%.

APABILA BERUK MENJAGA KEBUN DURIAN MUSANG KING.

Apabila Kerajaan PH menyuruh Beruk menjaga Kebun Durian Musang King, inilah jadinya Ekonomi Negara.

Keadaan yang tidak terurus. Pengutipan hasil yang tidak di takbir dengan baik.

Pasaran saham menjunam. Bergaduh dengan Negara Ekonomi ke dua terbesar dunia, China, melingkupkan ekonomi negara.

Apabila seekor beruk di tugaskan menjaga kebun, inilah jadinya. Semuanya salah dia, tetapi dia pandai mencari kesalahan orang yang menjaga kebun sebelum dia.

Masalahnya, kalau beruk itu tidak di lantik menjaga kebun. Tuan punya kebun tidak pula dapat menjadi Perdana Menteri.

DILEMA. DILEMA. DILEMA.

Oleh :
GMM
25 Disember 2018.

No comments